Friday, 21 July 2017

I AM ME I AM ME I AM BACKKK

Assalamualaikum.
Hi kawan kawan.
Bismillahirromanirrohim.

Sekian lama sudah tak berblog sejak tahun 2014 mungkin. 3 tahun sudah. Kalau dulu rajin update mana pegi, rajin update pakai skincare apa, review products dan macam-macam lagi. Dari umur 19 tahun, kini sudah berumur 23 tahun. (terasa tua sobsob). Dan yeah, dalam tempoh singkat-mingkat tu jugalah bermacam-macam berlaku dalam hidup dan mungkin proses untuk menjadikan aku lebih matang. (matang kah aku? herherher).

Zaman SPM sudah berlalu. Gred dari A sampailah E terpampang kat result paper aku. Aku teringat aku pergi tandas, ada  Aishah Aqila temankan aku. Aku menangis dan menangis. Balik tu keluar dengan ex aku pun aku menangis. Tengok wayang pun nangis. Hahaha. Kecewa buat muka mak aku kecewa. Kecewa kerana tak dapat A banyak sebanyak akak aku dapat. Yelah 2 orang adik beradik. Mesti ada makcik makcik compare kenapa akak nya pandai gila, tapi adiknya tak pandai. Entah. Dari dulu aku dah biasakan diri dengan perbandingan tersebut. Aku mampu pekak kan telinga. Dan senyum tawar. (Belum lagi sampai ke tahap nak senyum membunuh).
Image may contain: 10 people
*Time ni belum pakai braces lagi. Tiap kali ambil gambar, mulut mesti bertutup kekeke*

Selepas habis SPM, aku ambil keputusan nak sambung STPM. Padahal dulu aku tak terpikir pun nak sambung STPM. Malah siap cakap dalam hati, 'taknak lah masuk STPM. Pe baranggg.' Eksyen konon. Last2, hamekkk. Benda yang kau taknak tu lah rupa-rupanya kau yang dapat. Ha bak kata orangorang tua, jangan membenci, nanti lelama jatuh suka. Sejak aku masuk tu, aku dah makin suka dengan kelas ni. Penuh dengan huru hara. Hohoho. Paling tak berubah ialah sikap aku suka tidur dalam kelas -,-'' Paling best dapat geng tidur. Veyshi, shima, dan aren. Sederet tidur. Kecuali dalam kelas Puan Juliet. Masing-masing sakan duk cubit peha kasi hilang ngantuk. Tapi aren tetap terbabas, tu yang kene nahas dengan Puan Juliet tu kahkahkah. I'm suffering...i'm suffering. (lagu i'm suffering ciptaan Komathi budak kelas aku berkumandang). Oh yaa, tujuan aku masuk STPM ni sebab aku nak balas balik rasa kecewa aku kat SPM. Dan alhamdulillah, result aku pun not bad atas pointer 3 lebih even tak dapat dekan. Huahuahua. 
Image may contain: 21 people, people smiling, people standing
*si budak suka bawak botol pink, pakai jam Gshock pink dan bawak sapu tangan kemana jua*

Habis STPM, aku dapat masuk UITM dengan kos Tourism Management. Alhamdulillah dapat lah rasa berdikari sikit jauh dari family even pada mulanya menangis lah jugak sebab tak pernah jauh dengan family. hahaha (macam mana lah aku kawin nanti kalau tak duduk dengan mak). tempoh belajar nya 3 tahun. Dan tempoh 3 tahun tu lah macam macam macam macam semacamnya berlaku. Panjang ceghite dan aku malas nak pendekkan cerita. Hihi. Masin mulut Najat. "Kau jangan serius kapel time sekolah sekolah ni. Nanti masuk U, lagi la macammacam kau jumpa". Sekali aku terjumpa lak bakal jodoh aku kat UITM haha. (In shaa Allah. kasi masinkan ayat ni. malas nak cari orang baru lepas tu nak kenal pun dah satu hal punya lama duh).
Image may contain: 13 people, people smiling, people standing
*cer teka dimanakah saya?*

SEKARANG?? aku dah settle final year project aku dan sudah habis berpraktikal di Icity Shah Alam. Bulan depan keluar lah result sem 6 dan mungkin keluar lah juga overall pointer. Mintak2 lah semua dipermudahkan. Yang penting harap tiada repeat. Belum cecah lagi rekod meng-repeat paper di U even tak pernah dekan. Alhamdulillah sangat sangat. Dalam tempoh sebulan ni lah aku menganggur. Aku bosan T.T Income takdak yang masyukkk. Hanya mampu telan liur je tengok barang-barang cantek. Hm. Haritu dapat kerja kerani dekat area Bukit Raja. tapi sehari je weh. sebab aku bosan. hahaha. 3 orang je pekerja je -.- dan sorang lagi hujung bulan nak berhenti. Apa lagi, awal-awal la aku tarik diri. Aku risau bila tak cukup pekerja, nanti bila aku dapat kerja baru yang aku lagi minat, aku tak boleh nak berhenti la itu la ini lah, plus, susah nak pi iv sana sini. Kesana kesini aku pi iv area KL dan Selangor. Fuhhh. Mintak-mintak lee hujang bulan ni dapat keputusan yang positif. Aminn.
Image may contain: 5 people, people smiling, people standing
*Settle dah FYP presentation. Nervous nya usah dicakap. Kalau boleh nak tawaf bangunan UITM 7kali tau*

Sudah pukul 12.49 am. K masa untuk tidur. Sekian dari menaip panjang panjang dengan punggung berlapik bantal jenama Kaison baru beli tadi berharga RM13.90 SAHAJA dari duk beli dekat IKEA harga RM 23.90.

comel bukan? 

Bye Bye.